UNTUK MENCARI PUISI-PUISIMU CUKUP KETIK NAMAMU DI KOLOM "SEARCH" LALU "ENTER" MAKA SELURUH PUISIMU AKAN TAMPIL DI SINI

Jumat, 02 Desember 2011

Kumpulan Puisi Zharif Vmars Xingeriszeus - KASIH BERLALU RINDU TERDAMPAR



KASIH BERLALU RINDU TERDAMPAR

Saat berpijar kejora terang.
Kasih berlalu tanpa berita.
Perih menjalar ditubuh ingatan.
Siksa cinta bersama rindu terdampar.

Kini menangisi kesunyian sendiri.
Mengapa layu jua bunga asmara.
Dimana sang candra dalam penantian.
Hingga senja berdiri dikaki langit.
Hanya bayangan suram.

By : zharif
surabaya



SEKEDAR MIMPI DIRINDUAN

tabir cinta dalam mustika airmata.
menjelma bayang luka diantara rinduan.
bunga harumnya terhakis dusta.
hanya semata gurauan dibibir.

terlalu payah memuja bulan dan bintang.
kira semua mimpi sesaat dihati.
hingga setengah nyawa tak tersadar.

by : zharif
surabaya



KERINDUAN YANG LUKA

Terlantar seroja diambang pintu kerinduan.
Disetiap langkah lemas merenda luka.
Sisa wajah yang melekat kesayuan.
Dimana gerbang mahligai impian.

Hanya bayang merajut keindahan.
Terhalang dalam kabut kenangan.
Masih disini ditaman berbunga.
Menanti hembusan bayu kasih sayang.

By : zharif
surabaya



INDAHNYA BERCINTA

Indahnya asmara berbunga cinta.
Di setiap denyut nadi mengalir kerinduan.
Sejauh mana nak berpisah.
Jika sehati dan sejiwa pasti bersua.

Dalam lingkaran kasih sayang sejati.
Bagaikan dunia dimiliki sendiri.
Kini dilenakan sebuah mahligai.
Harumnya seperti sewangi kasturi.
Dalam ingatan hanya ada kekasih.

By : zharif
surabaya



SUARA CINTA


Suara cinta mengalun disanubari.
Hembusan rindu menghiris hati.
Tidak kan hilang dari sendu wajah.

Semusim telah melayar asmara.
Suka dan duka telah dijelajah.
Kenangan ini tidak berhenti disini.
Kerana menanti sebuah titik penentuan.
Yang menjadi lambang kisah sejati.

By : zharif
surabaya



DELIMA DIPUSARA

Mega hitam adalah semalam.
Cahaya purnama sendu duka.
Harum kamboja merawat derita.
Wangi melati berpusara.

Jasa bakti selalu terkenang.
Budi yang luhur menjadi ingatan.
Kini terdiam bagaikan arca.

Diatas nisan satu nama terindah.
Delima suci abadi selamanya.

By : zharif
surabaya



TERLELAP MIMPI

Kabut malam menghias sunyi.
Temaram cahaya delima.
Keheningan terasa membeku disini.
Dan nyanyian unggas menemani.

Ketika hati dan jiwa merebah.
Damai malam bertabur bintang.
Terlelap dialam mimpi.
Hingga esok terbit mentari.

By : zharif
surabaya



SISA HAYAT

disudut puing puing kota.
Berjalan sendiri tanpa arah tuju.
Menengadahkan tangan.

Hanya berbalut kulit dan tulang.
Sekedar pangan penyambung hidup.
Beralaskan tanah.
Berteduh dibawah langit.
Hingga akhir hayat menghampiri.

By : zharif
surabaya



BAYANGAN KERINDUAN

Genggamlah bayu semalam.
Tersimpan menjadi nyanyian.
Memeluk erat bayang kerinduan.
Menjadi kamus impian.

Dan tika sang fajar menyapa.
Memburulah mentari dalam asa.
Langkahkan semakin laju.
Membelah batas ditabir kasih syahdu.
Mendendang lagu sendu.
Dimenara berbunga tunjung biru.

By : zharif
surabaya



HUJAN DALAM TANGISAN

Hijaunya bumi tuhan penuh keberkahan.
Sawah dan ladang menghijau.
Mengapa ada hati yang risau.
Kehilangan pangan disaat hujan.
Telah disirnakan impian kebahagiaan.
Hanya demi harta dan tahta.

Kesengsaraan serta penderitaan mencekam jiwa.
Menjerit tanpa suara.
Menangis tanpa airmata.

By : zharif
surabaya



HIKAYAT CINTA

Cinta yang abadi mekar dihati.
Sepanjang hayat jadi kenangan.
Asmara suci seputih melati.
Mewangilah diantara angin dan awan.

Senantiasa selalu berdamping disisi.
Merantai hikayat yang meriwayat kasih setia.
Itulah sejati yang selalu diimpikan.
Menjelma kerinduan berbunga teguh selamanya.

By : zharif
surabaya



LAYARKAN HAMPAKU

Layarkan asamu meski gugusan ombak menghempas.
Seruan bayu malam mengiringi perjalanan.
Biarpun keseorangan didalam kesunyian.
Cahaya yang diharapkan kan bersinar.
Kelopak bunga senja tunduk terharu sayu.
Camar Berlagu merdu ikuti langkahmu.
Membaralah semangatmu walau diterpa hujan.
Tak akan terpadam biarpun sekerlipan.
Keindahan menanti diistana impian.
Tinggalkan jejak masa silam.
Jadikan kamus pengajaran dalam kehidupan.
Sayonara buat masa silam yang suram.

By : zharif
Surabaya



MEREDA KEHENINGAN

genggam mimpi tersimpan jadi harapan.
dalam merenda keheningan suatu masa.
peluk bayang malam menjadi bunga kenangan.
dikesunyian abadikan nyanyian bayu kerinduan.
bara luka telah terhapus gerimis senja.
pelangi mempesona berdiri dihadapan.
secercah cahaya suci menuntun ke illahi rabbi.
berserah serta bersujud dihujung embun pagi.
bersama fajar menjelang terbukalah semua.
perjalanan yang hakiki dalam kehidupan.
berakhirnya pun di pusara bertabur kamboja.
segala gemerlap surgawi ditinggalkan.

by : zharif
surabaya



TANGISAN SALJU DI KHATULISTIWA

tangisan salju dikhatulistiwa disiram gerimis senja.
nur asmara dirundung mega kelam.
menjadi satu misteri dalam langkah.
haluan puncak hidup diliputi awan.
dibawah malam hangus dalam seksaan.
sujudnya diantara hening dan ketiadaan.
bermunajat ta' lelah menyebut nama-Nya.
berharap maunah dialam fana.
lalu dengan senyum indahnya.
berakhir dihujani puspa kamboja.
pelangi itu menjadi hiasan pusara.
delima pun pelahan pudar sinarnya.

by : zharif
surabaya



DERITA BERBALUT KEMANISAN

pahit getirnya telah dirasai.
lembah onak berduri dilalui.
segala derita menghujam hati.
betapa sakitnya menjalari dijasad.
mungkin ini sebagai ujian pada insan.
kan ditempuhi kehidupan ini dengan tabah.
pastilah ada rahasia kemanisan.
disebalik kisah jiwa yang tersiksa.
hendaklah selalu bersabar,berserah kepada tuhan yang esa.
kembang bahagia pasti mewangi.
meski diakhir cerita menjadi puisi.
putik berbunga indah ditaman surgawi.

by : zharif
surabaya



MELANGKAH PASTI

lembut irama bayu pagi.
merdu suara unggas bernyanyi.
indah sang surya menerangi.
sambutlah jemari genggam dunia ini.
melangkah pasti meniti hari-hari.
dengan senyuman bak pelangi.
demi ibadah itulah tujuan yang hakiki.
pasti tuhan yang esa merestui.
usah ada titis airmata dipipi.
hidup hanya sebagai penguji diri.
segala yang dialam fana tiada abadi.
kembali pada illahi rabbi dalam suci.

by : zharif
surabaya



SEBUAH JANJI DITEPI SENJA

berujar menabur janji ditepi senja.
bila malam tiba bertabur bintang.
tutur kata itupun menjadi mimpi belaka.
hiasan dalam angan dan khayalan.
tiadalah pernah terjadi nyata.
laksana embun terhapus jika surya menjelang.
menyisakan titis airmata dalam penantian.
gugur kelopak bunga keresahan.
bukannya madu dikecap racun berbisa.
ditaman ini lunglai dalam kepedihan.

by : zharif
surabaya



SYAIR KEHIDUPAN

tertulis syair ini dengan tinta airmata.
meski kalimahnya tiada seindah pujangga.
sekedar meluah rasa hati dan jiwa.
mengulit semua peristiwa silam.
pahit manisnya kehidupan dialam fana.
semoga ini menjadi sebuah pengajaran.
apakah insan ini lebih bersyukur.
ataukah akan menjadi kufur.
benih yang disirami kini dilanda kemarau.
menangis dan ketawa pun sendirian.
kerana segalanya telah ditentukanNya.

by : zharif
surabaya



WAJAH SAYU DAN RENTA

dingin malam semakin mencekam.
wajah yang semakin sayu dan renta.
terbaring lena beratap bintang diawangan.
kerana tiadalah berharta tinggalah sendirian.
kehidupan terhembus kemarau.
menangis dalam senyuman pilu.
biarpun terpandang hina dimata orang.
namun hati jiwa berserah dengan keikhlasan.
kerana segalanya adalah bunga pengujian.
penuh kesabaran arungi bahtera.
kepada tuhan yang maha esa bermunajat.
suatu hari nanti pastikan bercahaya.
tidak dialam fana ini namun dihari kebangkitan.

by : zharif
surabaya



PENANTIAN

bagaikan bunga kering dipadang kemarau.
indah seri pudar tidak bersemi.
berguguran kelopaknya mencemar bumi.
dimana titisan hujan ditunggu tak menentu.
terlena sandiwara semusim berurai airmata.
taman hati kini berkembang sunyi.
penantian suatu penyiksaan jiwa.
dalam kebutuhan kasih cinta yang sejati.
karam sudah impian yang digadang.
laksana buih dihempas gelombang lautan.
bilakah berakhir dan menyala kembali lentera.

by : zharif
surabaya



MEKAR DITEPIAN SENJA

wajah yang ayu diimpikan kesunyian.
penawar resah dikala sepi menyapa.
lembut suara dirindukan sang bayu.
dialunan rindu melantunkan nada syahdu.
senyuman manis dinantikan saat malam.
sebagai penghias kala terbaring lena.
seumpama sekuntum kembang mekar ditepian senja.
suatu masa nanti pastikan menghiasi alam fana.
dengan keikhlasan yang bersemi keindahan.
menjadi cahaya hati penyeri kehidupan.

by : zharif
surabaya



HENING DALAM ZIKIR

hening subuh dingin mencekam.
bersama embun dan angin berdzikir.
tadahkan tangan lafazkan do'a.
suatu masa nanti pasti kembali.
terdiam dalam pusara suci wangi kamboja.
hanya membawa amal kebaikan dunia.
akhirnya alam raya dimusnahkan.
kebangkitan itu pasti tiba.
menuju alam keabadian..
suka duka dunia sekedar penguji.
sebagai keindahan semu tak abadi.

by : zharif
surabaya



SERPIHAN ILUSI

ada belantara berurai airmata.
bunga angkasa menjadi bunga larangan.
pantai yang sepi menjadi pusara puisi.
masa digenggam sayap malam yang patah.
biasan hampa kasih disilam hayat.
terkubur dalam serpihan ilusi.
kenangan silam dilukis gravity.
pelangi impian terbenam didasar lautan.

by : zharif
surabaya



SYAIR KERINDUAN MELARA

tiap detik dinantikan dalam keresahan.
dilaman cinta kasih yang kehausan.
seteguk asmara bak air menyejukan.
sekepal kerinduan digenggaman.

bilakah rinduan ini tiada ada melara.
meski terlelap dimimpi kedukaan.
dimenara gading terkubur kesunyian.
dan tidak akan pernah tergali keindahan.

lambaian sayonara iringi pemergian.
usahlah kembali membuka tabir kenangan.
yang berlalu biarlah terukir sebagai sejarah.
pahit manisnya terasa hingga akhir hayat.

by : zharif
surabaya



MENUJU TITIAN ILLAHI

larungkan imaji dihijaunya dedaunan.
senyumlah seindah pelangi.
seribu bintang menghias malam.
layangkan setinggi angkasa raya.
segala cita dan cinta.
surgawi elok nan syahdu sebagai penguji.
janganlah lupa bermunajat.
kepada allah swt bergantung harapan.
segala rancangan telah ditentukan.
walau tak berbunga diduniawi.
bersemilah dihari kebangkitan.
dengan seri wajah yang nyata.
sucikanlah hati menuju titian ilahi.
semua pasti kembali ke azali.

by : zharif
surabaya



INDAH SORGAWI TAK ABADI

pesona alam fana menyulam kerinduan.
indahnya nun jauh disana.
bagaikan pungguk rindukan purnama.
tak mungkin membina debu menjadi istana.
hiasan sembilu meluka dijiwa.
hanya mengukir impian diawangan.
merenung dalam serat tak berdaya.
tetap teguh arungi taufan.
meski surgawi tiada direngkuhnya.
berharap taman firdaus kelak.
bermunajat hanya pada ilahi rabbi.
demi kehidupan yang abadi.

by : zharif
gresik



JIWA BERBALUT SALJU

badik usang menikam jiwa.
asam garam dunia ditelan jua.
memburu mentari terbenam.
itu menjadi mimpi ngeri.
kala resah memamah hati.
mega kelam adalah semalam.
rebahnya jiwa dibaluti salju.
hayat sudah lemah dan renta.
dimana teguh yang dulu berlalu.
hingga satu masa tewas pada derita.
tiadalah apa yang digenggam surgawi.
kehampaan lalu musnah perlahan.

by : zharif
surabaya



LIDYA

tebaran harum bunga kasih dalam kenangan.
telah berganti rona putih kamboja.
yang lama jadi penyeri malam.
kini telah membeku bersama nisan.
lidya indah senyuman dalam angan.
tiada lagi merdu lantunan kerinduan.
tiada lagi canda tawa menghias kehidupan.
lidya cahayamu telah padam selamanya.
namun namamu terukir dengan tinta emas.
kasih sayang selembut sutera menjadi impian.
do'a suci mengiring kemergiannya.
semoga damai disisiNya selamanya.

by : zharif
surabaya



MUNGKINKAH KACA MENJADI INTAN

dihujung kelam malam.
merobek sendi kehidupan.
dalam sepi bersemadi.
cahya pelita semakin suram.
mungkinkah kaca menjadi intan.
menorehkan derita dilembaran asa.
setiap denyut nadi adalah lara.
kelamnya hidup dirasai.
kebahagiaan sebatas ilusi.
namun tiada lupa bermunajat.
kesyukuran kepada tuhan yang esa.
bilakah mencium harum bunga mahligai.
diatas menara penuh gembira.
tanpa ada airmata lagi.

by : zharif
surabaya



BAYANG - BAYANG LARA

rumpun berduri rantingnya patah.
menjejak bayang semakin lara.
tiada belaian kasih sayang.
rimba pekat awan menghitam.
tiada rembulan tiada pelita.
berjalan sendiri diatas luka.
tak mungkin mencium harum puspa.
hayat meratapi tanpa airmata.
akhirnya gugur ke bumi.
tewas dalam derita pasrah kecundang.

by : zharif
surabaya



SEBERKAS SINAR DALAM PERJALANAN

kusunting melati putih nan harum.
tersemat dikalbu begitu syahdunya.
dalam perjalanan bergulat dengan waktu.
wangian semangatmu nan sejati bersama.
diatas luka dibawah derita.
didampingi onak berduri.
dihadapan hamparan kesejahteraan.
sambut jemari erat bersatu janji.
menapak tangga mahligai.
walaupun tiada kilauan emas permata.
seikat puspa harapan bercahaya.
seberkas sinar menerangi langkah ini.
hingga dibatas hayat semakin renta.
disitulah pemuncak hidup yang hakiki.

by : zharif
surabaya



CINTA TELAH BERPUSARA

dingin malam ini berteman sepi.
sendiri berurai airmata kenangan.
tangisan pun tiada lagi berguna.
kini kutelah jauh tertinggal pergi.
dan cinta telah berpusara.
terdiam dimenara bertabur kamboja.
tak akan kembali kembang yang mati.
termangu dalam kepekatan imaji.
untaian do'a suci mengiringi.
semoga damai disisi ilahi rabbi.
engkau bunga menjadi lambang cinta dunia.

by : zharif
surabaya



TERLENA CINTA SURGAWI

senyuman itu laksana pelangi senja.
terukir dikaki langit jingga.
hadir setelah gerimis mereda.
cahaya surya kembali rebah.
disebalik indahnya tertawan setitik lara.
menjadikan duka berhias airmata.
tercipta sejarah tinggalah kenangan.
punah impian berselimut fatamorgana.
dipecundangi oleh cinta surgawi.
tersadar dibawah mega hitam.
kembali dijalan ilahi rabbi.
itulah sejati yang hakiki.

by : zharif
surabaya



KEMBALINYA SANG PENYAIR

setelah kian lama mengabadikan kenangan.
hilangnya tanpa suara tiada jejaknya.
kini telah kembali dengan goresan sejarah.
himpunkan semua abjad menjadi kalimah.
sang penyair telah lama menjadi musafir.
mencari sebuah titik penentuan yang hakiki.
dalam cinta kasih menguliti erti sejati.
dan telah berbunga bahagia meski tak bertahta.
destinasi ini telah berakhir walau tiada mahkota.
kembalinya sang penyair dibawah fajar sendu.
untaian kata-kata syahdu melingkar rindu.

by : zharif
surabaya



MENDEKAP MALAM


senja kian merebah.
angkasa semakin suram.
dan kini mendekap malam.
hanya nyanyian unggas malam bersahutan.
bayu berhembus dingin.
sedingin hati yang kesunyian.
hidup yang sebatang kara.
tiada sanak saudara dirindukan.
walau siang lama dinantikan.
rintihan derita tiada siapa mendengar.
hingga akhir hayat terbiar dalam senyap.
kegelapanpun terasa semakin panjang.

by : zharif
surabaya



IMPIAN MENJADI ANGAN

dipemuncak impian diterik matahari.
tertatih menyusuri masa yang penuh aral.
jiwa semakin renta tiada berdaya.
harapan pun kian menjadi angan belaka.
sedarlah kira semua sudah jalan dari tuhan yang esa.
kecundang ditepian zaman bak bunga berguguran.
namun ada cahaya suci didada.
bersinar menembusi awan.
ketabahan serta keimanan tak lekang oleh masa.
itulah yang dibawa kelak bila terdiam berpusara.

by : zharif
surabaya



KESAN CINTA PERTAMA

sekuntum kamboja diatas bebatuan.
lama tiada tersirami jernih hujan.
akhirnya kering lalu mati.
begitulah kehidupan diri ini.
setelah lama ditinggalkan.
dalam kesuraman dan kesedihan.
kesan cinta dulu masih terasa.
namun itu semua dah suratan.
sesalpun tiada lagi berguna.
kerana duniawi tidaklah abadi.
hanya pada ilahi rabbi bermunajat.
abadikan kenangan dikamar hati.
untuk menjadi pejalan melayar bahtera.
demi hidup berkekalan yang hakiki.

by : zharif
surabaya



SYAIR UNTUK IBU

telah lama melayarkan bahtera kehidupan.
jalan berbatu berduri penuh aral ditempuhi.
sentuhan serta kasih sehalus sutera.
wangian keluhuran penuh cinta laksana kasturi.
tiada termampu membalas semua budi.
hangatkan hati dan jiwa kala gundah.
disebalik misteri ada surga yang diridho'i.
untuk ibu hanya do'a suci terucapkan.
dengan segala ketabahan.

by : zharif
surabaya



AIR JERNIH

dari titis gerimis menjadi hujan.
mengalir kebumi melalui sungai.
dilembah hijau dan pegunungan.
jernih nan menyejukan apapun jua.
air membasah didedaunan dan rerumputan.
bunga-bunga bersemi bermekaran.
menjadi embun dinihari yang suci.
memiliki erti serta bermakna.

by : zharif
surabaya



HUJAN DI SENJA HARI

mega kelam berarak memayung senja.
hembusan bayu bertiup menghempas awan.
pepohon melambai meliuk bersama angin.
kemanapun air dibawa awan.
pastilah gugur kebumi.
menitis gerimis perlahan. derasnya melanda tanah.
hujan dikaki langit mengukir pelangi.
dengan tujuh warna keindahan.
segalanya anugerah ilahi.
bersyukurlah dengan semuanya.

By : zharif
surabaya



DENTING SERUNI

zahirnya yang suci serta murni.
mengalun nada haru dikalbu.
denting seruni lirih nan syahdu.
nyanyian tentang keindahan kasih sayang.
tersingkaplah tabir rahasia ditirai khayalan.
ibarat sungai mengalir air jernih.
berdiri bagaikan venus sang dewi cinta.
bukanlah retak kaca namun bak mutiara.
alunan suara denting seruni membelai hati.
tebarkan haruman dan kedamaian
disetiap nadi insan.

by : zharif
surabaya



DILEMA RINDU

disepi ini masih mencari sinar sejati.
berayun dipohon duka kala sendiri.
buaian cinta berguguran kehinaan.
dan tangisan ini tersimpulkan.
memaun harapan yang tenggelam.
airmata berguguran menyapa penantian.
menjelmalah biarpun sekilas pandang.
ingin menyadur rindu dalam keresahan.
namun tiada punya daya.

by : zharif
surabaya



HAMPARAN KASIH 

Bilakah berakhir kerinduan di kalbu ini.
Dalam bayang seraut wajah.
Senyum seri indah laksana pelangi.
Berdiri bagaikan venus sang dewi cinta murni.
Diatas menara intan bukan diatas permintaan.
Hamparan kasih sayang tertumpah.
Belaian mesra lembut penuh cinta.
Semua terberi dikala bersama disisi.
Menjulang asmara yang murni,suci dan sejati.

By : zharif
Surabaya



DI ANTARA AWAN DAN ANGIN

Terik mentari membakar jiwa.
Langit yang diwarnakan biru.
Dimana awan pembawa teduh.
Dihembuskan angin kekota surga impian.
Hanyut sampan diarus zaman.
Terlena diantara cinta semusim.
Lekang diparuh masa yang kejam.
Pesonanya tiada menjulang lagi.
Kerana tak ada ketulusan serta keikhlasan.
Hancur lebur ditaman impian.

By : zharif
Surabaya



ANTARA SUNYI DAN RINDU

Malam semakin kelam.
Alunan nada nan merana.
Unggas melantun lagu lara.
Purnama kian rebah.
Rindu menjadi resah.
Kerana gelora hati ingin bersua.
Menyulam bayang sunyi.
Bilakah berbuah sejati.
Nyata kenangan bukan ilusi.
Menaburi bunga asa sendiri.
Lambang cinta bersemadi.
Ditugu taman impian kini.
Selamanya suci dan abadi.

By : zharif
Surabaya



MASIH ADA RINDU

Sepasang mata yang sayu.
Merenung wajah nampak lesu.
Seroja semakin pudar harumnya.
Disini masih ada rindu.
Yang syahdu penuh haru.
Meski jauh pada pandangan.
Hanyut perahu diujung waktu.
Sampailah dimuara kerinduan.
Bila bersua dimenara setia.
Biarkanlah parah dalam asmara.
Abadi dan suci selamanya.

By : zharif
Surabaya



BAIDURI CINTA

Indah pesona cahaya nirwana.
Senyum menggoda bagai bianglala.
Hati pun terpana memetik puspa.
Dan memiliki selamanya bukan khalayan.
Baiduri cinta mengalir pada denyut nadi.
Airmata kerinduan nyanyi lagu sepi.
Bilakah bersinar asmara ini.
Bercahaya dikalbu dilingkar sejati.

By : zharif
Surabaya



EMBUN MENANGIS

Dingin malam merajut kelukaan.
Rimba percintaan yang ketandusan.
terbit mentari luput dari ingatan.
Memuja sesaat dikala kehausan.
Bagai titis embun dini hari.
Tangisanpun turut menyepi.
Membuktikan sejati namun tiada erti.
Tiada kemanisan sepahpun terbuang.
Umpama segenggam garam dilautan.
Begitu hina tiada harga.

By : zharif
Surabaya



SYAIR TENTANG KASIH DAN SAYANG

Harum mawar merah memeluk asmara.
Rangkaian kalimah syahdu mengguris hati.
Indah surgawi diwarnakan pelangi.
Dalam berkasih mesra bersemi bunga cinta.
Mengukir satu janji dihalaman setia.
Rasa sayang ini dibawa hingga akhir hayat.
Itulah kisah sejati terkenang selamanya.
Yang suci dan abadi terlahir dari hati.
Seputih salju sebening embun dini hari.

By : zharif
Surabaya



SENDIRI

Dibawah suram cahya pelita.
Membuka jendela waktu dalam kenangan.
Setangkai mawar merah pudar warnanya.
Tiadakah pintu kasih terbuka.
Bagi insan tiada berpunya.
Hanya ada cinta dan segenggam setia.
Akan dipertahankan demi kebahagiaan.
Mestikah undur diri dalam mengejar asmara.
Yang penuh liku serta harum surgawi.
Kini sendiri bercanda dengan kesunyian.
Dialam fana bersama kedamaian.

By : zharif
Surabaya



PUISI BUAT KEKASIH

Dikala sunyi malam berhias kejora.
Lembut bayu memeluk kerinduan.
Merangkai kata dan kalimat syahdu.
Tertulis puisi indah buat kekasih.
Menjalin cinta yang sejati.
Dengarlah suara terbisik dikalbu.
Dan layarkan diatas mahligai.
Satu tujuan berperahu ke istana bermadu.
Mengecap nikmatnya asmara berdua.

By : zharif
Surabaya



PERPISAHAN

Gerhana mengapa menghampiri jiwa.
Kepedihan menyayat diatas luka.
Kian lama berkasih sayang.
Keujungnya hanya perpisahan.
Mustika airmata membasah dipipi.
Tertunduk lesu diantara dilema cinta.
Selamat jalan terucap hingga dihati.
Di iringi lambaian nada sendu.
Biarlah tersimpan menjadi kenangan.
Dan tertumpah syair pilu di kamus rindu.

By : zharif
Surabaya



NEGERI KHAYALAN

betapa elok rupawan.
berhias hijau dedaunan.
melambai nyiur menyapa.
dibawah langit nan biru.
berdesir ombak haru.
diantara seribu nusa.
tercipta surga didunia.
damai nan sejahtera menjadi impian.
biarpun berbeda keragaman.
tetap saling menjaga.
itulah negeri khalayan.
yang ada dalam angan.

by : zharif
surabaya



ANTARA SUTRA DAN BULAN

diantara sutera dan rembulan.
sebuah senyuman menawan.
diantara lembut dan halusnya.
kasih suci terselip keindahan.
pada wajah malam yang gemilang.
tersimpan satu kenangan.
yang masih dinanti saat terang mentari.
dipintu surgawi setia satu janji.
tiada garis dapat memisahkan.
hanya ta'dir yang kuasa menentukan.

by : zharif
surabaya



POHON CINTA BERDURI

mustika airmata membasah dikaki senja.
tika asmara pudar warnanya.
masih setia mencari bias pelangi.
dibawah pohon cinta berduri.
puspa bersemi musnah harumnya.
menatap hampa dalam bayang kenangan.
sebuah kehancuran talian kasih.
tersimpan manis dalam kamus mimpi.

by : zharif
surabaya



ERTI BUNGAN CINTA

apa ertinya bunga cinta yang disemaikan.
tiada pernah tersirami kasih dan sayang.
apakah maknanya lambang cinta yang sejati.
bila hilang dari titian yang hakiki.
hanya manis bertutur kata.
tiada pernah menjadi nyata.
bagai mentari terhalang rembulan.
seperti malam lama menanti siang.
kini berjalan melangkah sendirian.
terjatuh dan meronta dalam kesulitan.
luruh gugur layu ketandusan.

by : zharif
surabaya



PENYAIR CINTA

diri ini tak segagah perwira negara.
penuh kharisma serta bersahaja.
tak seindah dan seharum bunga bangsa.
tak sehebat pahlawan dalam pertempuran.
insan hanyalah penyair cinta.
yang dibuai asa dan impian.
bertemankan dengan perasaan.
bersenjatakan kertas dan pena.
mengharapkan setitis kasih sayang.
menulis sekedar meluah rasa.
diantara hati dan jiwa.

karya : zharif
surabaya



PAK TUA

Hembusan bayu dingin menghiris wajah.
secangkir kopi hangat menemaninya.
malam semakin larut dan kelam.
dikedai sendirian menatap hampa.
dengan jasad renta merenda kabut suram.
dibawah kisi-kisi langit tanpa purnama.
jiwa yg lelah serta penat telah dirasa.
baringkan bersama mimpi meski tiada.
setelah lama melayarkan bahtera di samudera kehidupan.
pak tua yang lalu telah menjadi sejarah.

by : zharif
surabaya



NEGERI KHAYALAN

Di bumi nusa rimba yang teduh.
Gerimis singgah mencurah titis embun.
Gemulai dedaunan melambai diterpa bayu.
Gambaran sebuah alam hening dan damai menyatu.
sebuah negeri bak nirwana.
dilingkari warna kehijauan yang menawan.
harum semerbak diseantero jagad.
dengan berjuta bahasa dan budaya.
lembut tutur sapa berbudi luhur.
tersentak lamunan sadarkan kalbu.
kira semua itu angan semu.
sekedar khalayan dalam bayangan.

karya : zharif
surabaya



HARUMAN DI PUSARA

senja yang tersisa hanya airmata.
dalam kehampaan jiwa melara.
tiada cahya indah sekedar kabut kelam.
mewarnai kehidupan pada garis penentuan.
derita ini bilakah berkesudahan.
insan yang lemah tertindas kilau dunia.
segalanya sebagai penguji kekuatan hati dan raga.
haruman berbunga mekar dipusara.
hingga akhir hayat tak kenal bahagia.
abadinya setelah berkhir alam fana.

by : zharif
surabaya



TENTANG KELUKAAN CINTA

sepasang mata yang sayu dimamah resah.
bayangan terluka pesona cinta terbakar.
dalam kekalutan warna dimana cahaya.
puisi kasih tertumpah tintanya.
harum bunga asmara luruh kekeringan.
sejarah purnama turut serta menjadi saksi.
patah sayapnya kehampaan sengsara.
tersimpan kenangan dihati yang kecundang.
menjadi rindu dan dendam dalam mimpi abadi.

by : zharif
surabaya



NYANYIAN ILALANG

alunan nada ilalang nyanyian resah.
kekeringan dikala titis hujan membasah.
terbenam diantara bebatuan berkaca.
jerit suara terhenti diujung lamunan.
menatap hampa langit biru dan awan putih.
langkah ini kan terus melaju.
sebelum tergenggam satu titik penentuan.
terang dijalan yang sengsara.
tiada lagi tawa ria mengiringi.
segalanya kini menjadi dilema.
alam cinta yang lama diimpikan.

by : zharif
surabaya



MENUAI CAHAYA NIRWANA

mega hitam berarak menghalang mentari.
dibawah hujan deras airmata mengalir.
betapa sepinya perjalanan ini.
dikanan kiri penuh duri kehidupan.
kan ditempuhi bersama semangat membara.
setia menanti meski sendiri.
cahaya yang diimpikan menerangi.
bias bianglala selalu menghias dihati.
pintu nirwana pasti kan terbuka suatu hari nanti.
melangkah dalam mahligai kebahgiaan.

by : zharif
surabaya



DALAM DEKAPAN ASMARA

senja nan merah berhias pelangi.
titis gerimis membasah bumi.
berdayung sampan ke hujung rindu.
sampailah di tepian muara cinta.
menabur bunga harapan syahdu.
biarkanlah parah dalam dekapan asmara.
menyentuh lembut bak sutera ungu.
secantik bahasa kalbu seindah impian.
melangkah dijalan penuh kerelaan.
menyingkap segala tabir rahasia.

by : zharif
surabaya



CINTA KENANGAN SILAM

Masih terasa hangat api unggun disini.
terkenangkan sejuta kisah asmara.
dikala dulu saat remaja berkasih sejati.
tapi kini tinggalah insan sendirian.
merajut hari diakhir usia.
andainya masa dapat diundurkan.
betapa indah mengecap bunga cinta.
namun hanya bayangan senyuman.
yang hadir menemani mimpi.
sebuah nisan kan menjadi saksi.
kisah asmara berakhir jua.
abadinya dihati dan sanubari.

by : zharif
surabaya



MUSNAHNYA TUGU CINTA

Dalam kehampaan dikamar yang sepi.
angan terlena jiwa merana.
begitu sukarnya memahami bahasa cinta ini.
perpisahan tanpa kerelaan hati.
musnah sudah taman impian.
hilanglah kini tugu asmara.
lambang yang sejati dimamah kedustaan.
inilah hidup bersandiwara di alam fana.
tiada keabadian.

by : zharif
surabaya



DEMI KELUARGA

senja yang tersisa hanya penat.
meski berpeluh keringat.
titis airmata mengalir bahagia.
demi permata dan bunga hati.
rela bercucuran darah tanpa keluh kesah.
untuk hidup sinambungan.
tiada harap balasan jasa.
sekedar membuat suka
keluarga.
membanting tulang demi ibadah.
tak akan lupa bermunajat pada ilahi.
meski hanya setitik rizki.
selalu bersyukur tiada lupa diri.

by : zharif
surabaya



BUNGA LARANGAN

Dikala malam berpijar kejora.
purnama nampak kesayuan.
terlena satu angan dalam impian.
memuja bunga larangan.
hanya khayalan semenit.
terbayang selalu tak dimiliki.
kerinduan menjadi sepi.
sebatas menatap tiada tersentuh.
hati meratap melantun nada sendu.
semua fantasi diawan putih.
harapan gugur bagai debu yang hina.
musnah sudah segala keinginan suci.

by : zharif
Surabaya



SENTUHAN KASIH

Bagai bayu dingin sentuhan cintamu.
padamlah kepanasan dalam bara kecewa.
engkau pelita hati menerangi kalbu.
bercahaya selalu dikala rindu terhurai.
mekar harum bunga dijambangan.
harapanku pun menjadi nyata.
serasa disisi jua,tak mungkin berpisah.
kudekap bagai sutera.
lembutnya membelai jiwa.
dirimu umpama venus sang dewi cinta murni.

by : zharif
zurabaya



SENDAL JEPIT

Nasib sedemikian rupa.
Tiada pernah bertahta diatas.
Hanya sekedar alas ataupun landasan.
Tiada berharga terbuang dan terhina.
Kerana sandal jepit hukum tanpa keadilan.
tak memiliki kilauan duniawi.
kini menjadi suatu tragedi.

by : zharif
zurabaya



PENANTIAN

Hari pun berganti hari lagi.
Masih jua menanti ditaman ini.
Dibawah pohon cinta pernah mengukir janji.
Seia sekata tuk bersua lagi.
Namun kini musim telah berganti.
Tak jua ditemui kasih suci.
Setia dalam kesendirian berteman sunyi.
Berderai airmata hati pilu mengenang kasih dulu.
Tiada lagi ada indah istana bermadu.
Terbaring lama dalam penantian sendu.

by : zharif
surabaya



PENGEMIS RENTA

pagi hembuskan bayu meratap.
tangis menyayat memecah keheningan.
mengharapkan pangan yang didambakan.
hanya mampu menengadahkan tangan.
tiada berjalan tinggal kulit membalut tulang.
sendirian dalam mengarungi kehidupan fana.
berbelas kasihan diinginkan dari tiap insan.
hingga akhir hayat terkubur bersama derita.

by : zharif
surabaya



ERTI CINTA

apa ertinya bunga cinta yang kau berikan.
jika hatimu tidak setia.
sekedar sandiwara semusim.
apa makna semuanya.
bila diri ini hanyalah sandaran.
tika dirimu kehausan.
mengharapkan mentari.
lalu engkau tinggalkan pergi.
tergamaklah kau dengan sikapmu.
gerhana dan kesuraman memayung.
dilingkaran derita dan merana.

by : zharif
surabaya



PERMATA HATI BERSERI

permata hatiku yang suci.
tersenyumlah bersama mentari.
langkah laju menggapai cita.
demi masa penuh gemilang.
kan kusertakan kasih dan sayang.
semangat cinta yang membara.
menempuhi segala onak berduri.
kepakan sayapmu tinggi.
diiringi berbunga yang berseri.
menuju indahnya mahligai kehidupan.

by : zharif
surabaya



AIRMATA BIDADARI TERLUKA

rembulan berkaca dimenara cinta.
seraut wajah indah tanpa senyuman.
bidadari terluka bersanding purnama.
singkapkan jendela dalam mimpi yang ngeri.
asmaranya layu bagai puspa kekeringan.
tiada titis embun hanya airmata suci.
mengalir bersama alunan nada derita.
mengenangkan kisah lama yang kecundang.
jadi memori kelam dalam kamus kehidupan.

by : zharif
surabaya



TITIS KASIH MENGALIR LESU

walau perih terasa mendera.
pedih dihati menyelimuti.
titis kasih mengalir lesu dihariba'an.
gugur dan layu puspa asmara.
ditaman pernah mengukir janji.
menanam benih cinta tumbuh berduri.
luka semakin mendalam.
mimpi bayang misteri diatas derita.
akhir hayatnya kekeringan dilandasan tak bersinar.

by : zharif
surabaya



TERLENA KILAUAN DUNIA

dimana kilauan emas permata.
yang pernah dibanggakan dahulu.
berdiri diatas singgahsana intan.
namun kini sirna diterjang badai.
terkubur sepi bersama pusara.
berbalutkan kain putih.
sekedar amanah ilahi dunia ini.
yang abadi hanya setelah kematian.
itulah kehidupan sejati yang hakiki.

by : zharif
surabaya



MENANTI SUARA CINTA

mencari cahaya dalam kepekatan malam.
dimanakah menghilang sinaran intan.
ditepi kerinduan yang menyesak dada.
diantara kasih masih menggema suara cinta.
menanti satu titik penentuan.
dan langkah ini tak terhenti disini.
terus melaju hingga batas kenangan.
menggenggam mimpi menjadikannya nyata.
hingga ditemu sinaran yang sejati.

by : zharif
surabaya



PERJALANAN SEPI

dimana makna kasih yg sejati.
dikala rembulan tersenyum dibalik awan.
menata sebuah mimpi pada harapan.
yg tenggelam dalam lamunan.
suatu perjalanan sepi diantara berbunga.
nampak satu keresahan dalam rindu.
haruskah jadi penanti diistana madu.
bayangannya pun tiada pernah ditemu.
kian jatuh jejak berbatu.

by : zharif
Surabaya



KASIH SUCI SEORANG IBU

singkap jendela cerita kehidupan.
tiada lelah mencurah kasih dan sayang.
berjihad dengan tetes darah berpeluh membanjir.
tak ada kelu kesah terucap dibibir.
jasa baktinya sebening embun dini hari.
dengan keikhlasan serta kejujuran pengajaran.
demi putera dan puteri rela terbenan duka.
cinta yang suci serta semangatnya syahdu.
menjadi panutan tanpa harapkan kembali.
begitu perkasa seorang ibu.

by : zharif
surabaya



AIRMATA BERBALUT SEPI

hanyut perahu diparuh zaman.
dalam mengarungi impian semesta.
telah menempuhi masa ria dan duka.
dikota surga diwarnakan kelam.
berderainya airmata diatas reruntuhan hati.
dimana tujuan tak pasti hanya bayangan.
tinggal jiwa bersemayam berbalut sepi.
tiada lafaz syahdu diakhirnya.
segalanya menjadi misteri dihelaian kehidupan.

by : zharif
surabaya



KESUNYIAN HATI

sepi dikamar hati berteman delima.
cahaya suram bak purnama dihalang awan.
meniti kerinduan hampa berbunga tiada.
setelah dihempas badai asmara.
diterjang gelombang kedustaan.
tenggelam kesunyian dilembah nestapa.
sampai bila masa berakhir dengan kelukaan.

by : zharif
Tuban, Jawa Timur



CINTA TERPENJARA

bila resah terbakar mentari kasih.
Terkulai layu tak berdaya.
Serasa hati dipanah petir sunyi.
Bukan sekedar nyanyian duka.
Cinta terpenjara rindu dimana berlabuh.
Membara lalu pudar dilautan empedu.

By : zharif
Tuban, Jawa Timur



IMPIAN DALAM HARAPAN

bercahayalah wahai purnama.
menyinari hati yang gundah.
dikala malam bersama bintang.
ketika fajar menyapa jiwa.

mekarlah sang bunga senantiasa.
mengharum disanubari tiap saat.
mewangi kesucian menjadi pejalan.

impian nyata dalam harapan.
kan selalu dalam pujaan cinta.
menari tarian asmara. 
dilingkaran mahligai kerinduan.

By : Zharif 
Surabaya




Tidak ada komentar:

Posting Komentar