UNTUK MENCARI PUISI-PUISIMU CUKUP KETIK NAMAMU DI KOLOM "SEARCH" LALU "ENTER" MAKA SELURUH PUISIMU AKAN TAMPIL DI SINI

Selasa, 30 April 2013

Kumpulan Puisi Zharif Vmars Xingeriszeus - SESAL



AIRMATA BIDADARI

senyuman luka tersirat diujung hari.
wajah seindah puspa kini sayu.
laksana lilin yang telah lama mati.
hilang seri indahnya dan layu.
gerimis airmata menguliti kenangan.
bidadari yang tertikam kesepian.
cinta sucinya tiada cahayanya.
tak mampu lagi berdiri dibatas hari.
kecundang oleh surgawi.
sengsara dalam rindu dendam.
lalu kembali meniti jalan ilahi rabbi.
semoga di beri hidayah nan abadi.

by : zharif
surabaya



SESAL

senja telah menghampiri hayat.
tak berdaya ayunkan langkah.
hanya airmata sesalan menghujam.
setelah dihujung maut tersadar.
kemanakah dulu kala masih tegar.
hanya mengecap indah surgawi.
yang sebenarnya tiada abadi.
lupakan kehidupan yang hakiki.
sesaat riang lalu terbenam duka.
bermunajatpun diakhir sengsara.
hingga menutup mata bertabur kamboja.
sesal kemudian tiadalah berguna.

by : zharif
surabaya



SURGAWI SUATU PENGUJI

masa demi masa telah terlalui.
kemarin adalah sejarah diri.
yang ditorehkan dalam kehidupan.
diwarnakan putih ataukah hitam.
jika tergambarkan kesuraman yang kelam.
merugilah diakhirnya laksana puspa kekeringan.
bila terlukiskan dengan cahaya illahi.
sungguh beruntung dikemudian hari.
bagai putik berbunga mekar nan indah.
surgawi sekedar singgahan dalam pengujian.
lembut sutera pastipun pudar.
kegemilangan dunia sirna sekejapan.
alam fana tiadalah menjanjikan keabadian.
disisi tuhan yang esa tempat kembali.
bermunajatlah selalu disetiap detik.

by : zharif
surabaya



BUNGA ASA

setanggi airmata mengusung seikat lara.
bunga asa berguguran diatas penghinaan.
rintik sandiwara melingkari kehidupan.
kesengsaraan membasah jiwa bak keringat.
dari tunas muda hingga menjulang ketinggian.
diterpa badai ujian penuh penderitaan.
parah dalam dekapan duka dan merana.
kemanapun melangkah mega kelam terbawa.
dimanakah harum kasturi impian.
telah lama dinanti dipersada cinta.
bilakah mentari menebar sinarnya.
sekuntum lestari bersemi kebahagiaan.

by : zharif
surabaya



MUSAFIR CINTA

sejumput sejarah cinta dalam perjalanan.
digenggam erat didada menjadi kenangan.
melangkah diantara bebatuan dan pasir beraneka warna.
lautan empedu ngarai berduri diseberangi.
dilembah nestapa dipuncak mahligai telah terlewati.
pahit manis getirnya dirasai sudah.
terus berjalan diterik mentari dan rebah dibawah purnama.
musafir berkelana mencari erti cinta kehidupan.
bersyukurlah dengan sepenuh hati menyebut nama ilahi.
hingga diakhir titik penentuan berpeluh airmata.

by : zharif
surabaya



AIRMATA YANG HINA

insan adalah airmata berguguran.
bagaikan embun terhapus surya.
laksana ilalang kering terbiar.
tiada berharga begitu hina.
kerana tiada berharta tersingkirkan.
beralaskan tanah ditepian istana.
tertindas terbenam di antara keangkuhan.
derita mendera hati dan jiwa.
dan tuhan yang esa tahu segalanya.
surgawi hanya sekedar ujian.
demi melangkah di kebadian.

by : zharif
surabaya



NEGERI IMPIAN

bersama hembusan angin lalu.
sayu menapaki titian rindu.
disetiap helaian mimpi.
mengukir kedamaian nan sunyi.
kita insan yang sama.
marilah berpeluk mesra.
membangun sejahtera dibumi raya.
bergandingan dalam menggapai asa.
jadikanlah bumi negeri ini menjadi intan.
bukan debu dan pecahan kaca.
bersahaja serta bertahta budi yang luhur.
untuk menjadikan bangga bagi leluhur.
dan atas rahmatNya kita bersyukur.
gema suara cinta mengalun disetiap jiwa.
hingga akhir zaman damai selamanya.

Oleh : Zharif Vmars Xingeriszeus
Tuban, Jawa Timur



PENDEKAR SYAIR BERDARAH


aku datang dari kegelapan.
menghampiri jiwa kelam.
dibalik suram cahaya candra.
menusuk raga yang terlena.
ku alirkan darah dijasad penuh dosa.
menyayat jantung dan hati insan.
wahai manusia berlumur maksiat.
kembalilah berjalan lurus yang diridho'i ilahi.
jika tiada telinga mendengar.
niscaya azab menyabet laksana pedang tajam.
dan akulah yang akan menghukum dengan pedang ini.
dari pendekar syair berdarah.

by : zharif
surabaya



MUSNAHNYA MUTIARA KHATULISTIWA

untaian mutiara berguguran.
terlecut digaris katulistiwa.
oleh keserakahan jiwa.
tiada kehijauan rerumputan.
ilalang membara kemerahan.
terbakar panas sang surya.
gema suara tangis memilukan.
dari hati terluka yang tertindas.
tiada lagi rasa cinta kasih dan sayang.
darah mengalir diantara saudara.
musnahlah keindahan asmara.
airmata laksana hujan dikesunyian malam.
yang lemah tak berdaya.
hanya termampu bersabar serta bermunajat.
dan azab pastilah datang.
sebagai peringatan dan penghapusan kezaliman.

by : zharif
surabaya



SUDAH SAMPAI DI SINI

berpijak hanya setengah hati.
disehelai dedaunan yang rapuh.
sudah sampai sini.
diakhir kerugian berlabuh.
sesalan pun dituai dihujung senja.
disaat berputik tak disemai.
dimana haluannya.
bermusim silih berganti.
tanpa kasih dirasa dihati.
dan dia sudah pasti pergi.
berakhirlah sampai disini.

by : zharif
surabaya



SERAMBI IMPIAN

sejumput ilalang kering terbiar.
laksana sekeping hati terhukum resah.
asa digenggaman terlerai sudah.
kerana masa yang berlalu sebegitu lajunya.
diserambi impian termangu sendirian.
cahaya intan ini telah menghilang.
telah uzur berselimut renta.
hampa pandangan dihadapan penyesalan.
termakan usia yang semakin mendekat kematian.
kerana tiada berpunya selamanya hanya jadi mimpi semalam.
dirimba kehidupan yang terik penuh hantaman.
terlemas layu diakhir zaman.

by : zharif
surabaya



AIRMATA GAZA

dari airmata yang jernih mengalir derita.
tangis menyayat kehilangan.
segala keindahan dihancurkan.
semua kedamaian dimusnahkan.
awan abu menghujani bumi gaza.
bersama titis darah terakhir.
berjihad dijalan yang diridho'i.
hapuskanlah segala kekerasan didunia.
dari genggaman kezaliman.

by : zharif
surabaya



NEGERI YANG HILANG

nyiur melambai sambut riak gelombang samudera.
diwarnakan biru berpasirkan putih.
pandang langit setinggi mungkin.
angin masih bertiup menembus bumi.
awan berarak menari tarian hujan.
diiringi suara merdu unggas.
bersemi rumpun bunga diantara nusa.
dihiasi gunung serta berbukit dan lembah kehijauan.
mengalir dibawahnya sungai dan mata air jernih.
sebuah negeri indah nan elok sejahtera.
dengan ragam suku budaya nan rancak.
kedamaian salam sejahtera selalu terjaga.
namun negeri itu tinggal impian belaka.

by : zharif
surabaya



MELANGKAH SENDIRIAN

dibawah terik mentari kepanasan.
melangkah ditepian hari memikul beban.
semangatnya menjadi sumber ilham.
penat serta lelah tiada dirasa.
selagi ada cahaya harapan.
dikorbankan jiwa raga demi kehidupan.
tiada sanak saudara menemani.
berjalan sendiri menembusi mimpi.
terpaan bayu menghiris jiwanya.
hingga diakhir hayat tetap berjuang.

by : zharif
surabaya



PATAH SAYAP MALAM

Harumnya bunga cinta disirami gerimis.
tatkala senja mengukir cahaya suram.
dan malam resah mengibaskan sayapnya.
puisi cinta hilang maknanya ditepian hari.
tersimpan kenangan bersama malam kecundang.
pesona asmara terbakar dan terlerai.
luka hati yang tidak berhenti.
dalam kekalutan jiwa dimana cahaya.
tertumpah lara dan tersingkir dari titian makna yang setia.
sirnalah seri bunga indah.
bersama sendu irama tangisan.
malam yang telah dinodai.
sejarah purnama menjadi saksi.
patahlah sayap asmara.

by : zharif
surabaya



PUTERI SALJU

terciptalah cinta dititis embun dinihari.
kepada sang puteri cinta sejati.
bila mata terpejam lena dan bayu bertiup dingin.
mengutuskan rindu yang abadi.
kepada puteri kusanjung tinggi.
menjadi ilham dan lambang cinta duniawi.
berdiri bersahaja bak venus sang dewi cinta murni.
sinar kesucian bercahaya laksana mentari pagi.
bermekaran rumpun hijau menyapa hari.
puteri sejati kasihnya tiada pernah mati.

by : zharif
Surabaya



WANITA

kelembutan kasih sejernih embun pagi.
halus budi perasaannya.
berjuang bagai lilin menerangi kegelapan.
ada surga ditelapak kakinya.
jasa baktinya seputih salju dingin.
rela berkorban mereda onak berduri.
mengarungi badai kehidupan.
menjadi ilham bagi tiap insan.
selalu dipuja kerana keindahan.
tiada siapa dapat mengerti hatinya.
airmata yang suci dan namanya selalu dikenang.
dialah wanita sejati.

by : zharif
surabaya



KAIN CINTA PUTIH

disungai kasihmu aku tenggelam.
diperahu cintamu aku berlayar.
diujung airmata sucimu aku terharu.
kain cinta putih pertanda lembaran baru.
usah dinodai dengan kalimat nista.
kuselimut diatas ikal rambutmu.
kembang seroja yang mekar.
kan kusunting dan kugenggam hatimu.
akan aku jaga biar tumbuh dan mewangi.
tiara kupersembahkan dimahligai impian.

by : zharif
surabaya



DIRIKU ADALAH AKU

aku memang tak segagah putra bangsa.
tak sehebat panglima negara.
aku juga tidak berharta seperti negarawan bertahta.
tapi aku tetaplah aku.
ku hanya insan biasa dibuai impian.
bertemankan kesunyian dan perasaan.
hanyalah mampu menuangkan lewat tulisan.
tidak mungkin bulan akan tiba dipangkuan.
kasih sayang ini sekedar didalam khayalan.
aku memang tak setampan wira.
tapi aku tetap aku.
dengan kesederhanaan dan kejujuran.

by : zharif
surabaya



KEINSAFAN

harum indah surgawi.
melenakan jiwa yang keresahan.
bila tiada keimanan dihati.
tenggelamlah kelautan nista.
terpenjara dalam kegelapan duniawi.
masihlah ada secercah sinar suci.
menjadi penuntun menuju pintu taubat.
bermunajat meminta ampunan ilahi.
keinsafan tulus keluhuran yang suci.
itulah jalan yang lurus diridho'i.
hapus masa silam kelam.
berjalan disetiap helaian dzikir.
demi menggapai terang bahagia diakhirat.

by : zharif
surabaya



LUKISAN HAMPA 

Telah lama kugoreskan kuas diatas kanvas.
Dengan seribu warna penuh makna.
Namun yang terlukiskan hanya hampa.
Ketiadaan menjadi bayang-bayang.
Apakah ini hakikat kehidupan.
Menembusi tujuh dimensi.
Meretas sebuah reality.
Yang digambar dalam fikiran.
Selagi mampu kan kulukiskan lagi.
Meski tiada sempurna diakhirnya.
Meski terpandang hina.
Itulah jati diri yang sejati.

By : zharif
Surabaya



SETITIS EMBUN DIUJUNG RANTING 


Bilakah putik berbunga indah.
Jikalau kemarau berpanjangan.
Setiap detik mengharap gerimis.
Kiranya mega hitam tiada menghampiri.
Surya membakar ilalang membara.
Belukarpun terlahap tak bersisa.
Setitis embun diujung ranting.
Terhapus dan lenyap seketika.
Sirna harapan ditanah gersang.
Dimanakah kesejukan yang diimpikan.
Segalanya telah menjadi kisah lama.
Kesuburan terganti oleh kekeringan.
Tersebab kerana insan yang lengah.
Hanya memburu gemerlap dunia.
Tak hiraukan alam yang merana.
Sampai titik akhir menghapus kehidupan.

By : zharif
Surabaya



PAK TUA DALAM TEMPURUNG MALAM 

Angin dingin membelai kulit renta.
Langkahnya gontai pelahan menyusur zaman.
Hingga sampai ditepian senja nan memerah.
Netra yang sayu menitiskan airmata.
Jemari gemetaran wajah menatap alam kesuraman.
Sebatang kara arungi kehidupan fana.
Walau tapak kaki penuh luka.
Meski tiada pernah merasai bahgia.
Pak tua selalu bersyukur disetiap masa.
Dalam tempurung malam menanti purnama.
Satu harapan nur ilahi rabbi bercahaya.
Nyata bukanlah ilusi sesaat.
Dengan lafaz suci kalimah tauhid terucapkan.
Hingga jasad tak berdaya dalam pusara.

By : zharif
Surabaya



DESTINASI


Tujuh purnama mengambang dalam penantian.
Dimalam gelita bercahaya hanya pelita.
Resah hati becanda dengan kesunyian.
Rindukan damai dijiwa tiada sesak didada.
Rebahlah angan diantara angin dan awan.
Nyanyian ini terasa pilu diambang derita.
Raga ini begitu penat menahan sengsara.
Betapa pelik penuh liku diperjalanan.
Biarpun onak duri belukar dihadapan.
Keikhlasan dan keteguhan teruslah membara.
Destinasi ini untuk kehidupan yang kekal.
Abadi pada hari yang telah ditentukan.

By : zharif
Surabaya



RIMBA KEHIDUPAN

rimba kehidupan yang kaku dan sunyi.
terjerat kesengsaraan serta berduri.
penuh kilauan warna ilusi.
dicakari kenistaan dan ketandusan.
adakah ini sebuah mimpi.
tanpa mata terpejam.
keindahan hanyalah permainan sementara.
punah terbakar berapi dan kegersangan.
dimana hembusan bayu kasih sayang.
cahaya suci yang dirindukan.

by : zharif
surabaya



LAKARAN CINTA SUCI

dalam cahaya pelita temaram.
tersungkur sendirian dijejak bayang.
seabad kerinduan sesaat tak kan lupa.
lakaran cinta suci mencengkam hati.
seindah seroja seharum kesturi.
begitulah asmara yang suci dan murni.
meniti tabir kasih dipuncak mahligai.
sesejuk bayu sesyahdu rembulan.
begitulah cinta ini menjulang sejati.

by : zharif
surabaya



HAMPARAN BUNGA-BUNGA CINTA

izinkan sayang,aku menyentuh perasaanmu.
biar bergelora cinta semalam.
izinkan diri ini membelai harum rambutmu.
biar terbuka pintu hatimu.
izinkan aku sayang,merinduimu selalu.
biar bergetar nalurimu.
hamparan bunga bunga asmara bermekaran.
mengharum mengitari istana cinta.
walau badai menghalang.
ngarai penuh onak berduri.
lautan berapi diseberangi.
demi cinta sejati pasti diarungi.

by : zharif
surabaya



TITIK PENENTUAN

mampukah melangkah sendirian.
sedangkan hayat berbalut kelukaan.
pada harapan panas kegersangan.
hanya kulit pembungkus tulang renta.
sekedar pangan penyambung jiwa.
tangan menengadah jemari bergemeretak.
sandang lusuh melekat dibadan.
berputar didunia tak tentu arah.
hingga akhir dari titik penentuan.
tiada pernah merasakan cinta bahgia.
berkubur berbunga kamboja.
terdiam selamanya.

by : zharif
surabaya



PATAH SAYAP KEMESRAAN

puisi cinta tertumpah tintanya.
dimalam yang kecundang.
patahlah sayap kemesraan.
harumnya bunga asmara dihujani bara.
tersingkirlah dari titian makna sejati.
kenangan tersimpan kehampaan.
dalam kekalutan warna terus mencari cahaya.
purnama berganti turut menjadi saksi.
luka cinta ini tiada terhenti.

by : zharif
surabaya



DALAM KESUNYIAN

hanya titis airmata menjadi teman setia.
kan diarungi bahtera sendirian.
dalam kesunyian selalu bermunajat.
segala rasa terluah disenja temaram.
bertaburan kelopak bunga.
berlagukan syahdu kerinduan.
tanpa ulur simpati sang belahan jiwa.
telah tertinggal bersama daun berguguran.
biarlah tersimpan rapi rahasia cinta.
diantara malam dan bayu kesepian.

by : zharif
subrabaya



TERASING DALAM SEPI

disini masih menanti dan mencari.
indahnya pelangi.
kala angin membelai dingin.
saat unggas mulai bernyanyi.
senja nan merah ombak berdesir.
disini terasing dalam sepi.
tiada lagi haruman kasih.
umpama nakhoda hilang haluan.
tak ada arah tuju yang pasti.
terasa sebak didada.
menggapai asa dalam ilusi.
dipersada hayat ini masih tergenggam.
cahaya cinta yang akhirnya sirna.
dimana menjelma pilu dijiwa.

by : zharif
surabaya



AKU PUNYA DIRIMU

malam punya kejora.
bintang yang bersinar.
rembulan punya cahaya benderang.
pelangi memiliki warna yang memukau.
aku punya cinta dan hatimu.
aku punya kasih dan rindumu.
engkau adalah anugerah tuhan.
semoga cinta kita abadi selamanya.
hingga hayat memisahkan.
sejati setia kita ukir disetiap belai kemesraan.

by : zharif
surabaya



BERSEMADINYA CINTA

ombak mendamai datar.
kala rindu menjelma dikaki senja.
memandang hamparan kehampaan.
masih terukir indah satu nama.
diantara teduhnya pepohonan asmara.
nikmat surgawi kini jadi ilusi.
telah tertinggal disini sendiri.
dan cintapun telah bersemadi.
sesudah gerimis bayangmu hilang.
pancaran kasih pun sirna.
tak tergapai semua impian.
merana melara dalam kebekuan.

by : zharif
surabaya



BARA ASMARA

masih berdarah luka ini.
pedih menikam jiwa.
ikatan cinta terlerai sudah.
asmara sekedar khayalan.
janji setia hanya sebuah igauan.
kalimat rindu ternyata sandiwara.
kasih sayang yang kecundang.
merawatlah lara dalam kesuraman.
bukan sekedar nyanyian duka.

by : zharif
surabaya



CINTA UNTUK ANNISA

Lagu untuk annisa tercipta kala mata terpejam lena.
cinta untuk annisa terukir sepanjang hidup ini.
utuskan bayu yang bertiup.
menyatakan rindu buat annisa.
oh annisa ...
lambang asmara yang telah layu
hingga kini tak kan lupa mengingat.
harapan tuk bersua dalam suasana syahdu.
kemana menghilangnya annisa.
padamu puteri kan kusanjung.
bersama titis airmata penantian.

by : zharif
surabaya



MEMORI CINTA SEMALAM

kenangan silam menghantui.
demi cinta semalam.
menjadi mangsa indahnya surgawi.
dipentas dunia bersandiwara.
kini terbalut lara.
menjadi rindu dendam.
biarpun kecundang simpan saja dihati.
usah diulang pasti menyakitkan.
memori cinta semalam.

by : zharif
surabaya



SERIBU TAHUN TAKKAN MUNGKIN

bayu semalam menghembus titis kasih.
tenggelam dalam lautan kasih sayang.
sinar dimatamu adalah kenyataan suci.
berpegang pada satu janji setia.
setiap nada serta syair asmara hanya untukmu.
seribu tahun ta'kan mungkin.
menghuraikan cinta kita.
telah terbena dirantai dipuncak mahligai.
mengukir kenangan ditaman sejati.
bukan fantasi dialam maya.
abadi selamanya.

by : zharif
surabaya



C I N T A

Cinta yang satu.
Impian kan nyata.
Nikmat yang berbeza.
Tanpa pertalian.
Antara kau dan aku.
berasmara didalam cinta tak bermaya.
cinta itu tak bermata namun masih banyak yang menawan didalamnya.
diselami dengan arus ketawa dan tangisan
dan satu arah itu ialah dunia.

by : zharif
surabaya



TERPEDAYA PERASAAN

siang telah berganti.
senja merayap malam.
masih disini setia menanti.
kembali membalut luka.
cinta terpenjara.
bercurai airmata.
inikah salam terakhir.
kasih sayang pun tersingkir.
terpedaya perasaan.
janji sekedar khayalan.
mungkin hanya dalam mimpi.
dapat memiliki sang dewi.
hanya termampu menatapnya.
keindahan bunga harum mewangi.

by : zharif
surabaya



SENDA GURAU YANG SUNYI

terbayang sebuah senyuman.
melambai jemari lenyap dikegelapan.
senda gurau yang sunyi.
hembusan bayu membawa haruman.
melenakan lamunan diantara sepi.
kini di mamah resah.
sayu pilu membakar gelora hati.
terbayang wajah yang duka.
dan bisikan lembutnya hilang.
tinggal kerinduan menyapa diri.

by : zharif
surabaya



GUGUR BUNGA ASMARA

zahirnya suci dari lubuk hati.
terikat janji pada memori.
telah mengarungi segala rintangan.
namun takdir jua menentukan.
layunya kembang ditaman asmara.
gugurlah bunga cinta.
kini terpisah kerna ke egoan.
insan tiada berdaya dan berpunya.
hanya mencari sejati.
namun tenggelam ilusi.
tiada disangka sepi dan luka merawati.
kasih ini berkubur airmata.
biarlah terbawa pergi hingga diakhir masa.
bersama luruhnya dedaunan.
rapuhnya ranting kekeringan.

by : zharif
surabaya



FANTASIA BULAN MADU

Indahnya pelangi bagai senyuman.
keharuman bunga kasih cinta abadi kita.
syahdu cahaya purnama sinari asmara.
diatas awan nan biru berbulan madu.
ditepian senja mengukir kenangan.
bersama mengecap nikmat istana bermadu.
bagai laut dan pantai tak akan terpisah.
lembut bak sutera.
suci dan sejati.

by : zharif
surabaya



DI UJUNG LARA

Disini cinta berbunga lara.
Pesona pandangan kecundang.
Tiada lagi airmata menitis.
Telah tewas akhirnya.
Hilang tak bisa diganti.
Asmara terlarang.
Bagai dalam rimba yang gelap.
Sentuhan terakhir abadi dihati.
Diujung duka menanti.
Haruman bilakah menyelimuti.

By : zharif
Surabaya



CINTAMU MEKAR DIHATI

kau umpama kembang hiasi taman hati.
sayang kasihku abadi.
cintamu mekar dihati.
umpama bintang menyinari hidup ini.
teruslah bersinar selamanya.
terselip keindahan dalam madah.
kan disunting setangkai mawar merah.
lena dibuai rindu dibelai lembut asmara.

by : zharif
surabaya



AKAR DAN BUMI

akar dan bumi menjadi saksi.
runtuhnya tamadun kerana azab.
semua musnah kedasar lautan.
yang bersisa hanya dataran gersang.
diabad berikutnya pun demikian.
kehancuran akibat pertempuran.
selagi bisa hijrah kelangit.
membawa sisa sisa peradaban.
bermulalah kehidupan yang harmonis.
hingga diakhir zaman.

by : zharif
surabaya



DIANTARA MALAM DAN KESUNYIAN

dingin malam hembuskan kenangan.
gugur airmata ditepian embun dinihari.
medan ini sungguh terasa sepi.
semua dalam kedamaian syahdu.

pandang langit tanpa kejora.
semua bertahta diatas mimpi.
kesunyian merenda hati pilu.
sendirian membalut keheningan.
hanya do'a kudus terlafazkan.
rebahkan jiwa digelapnya mendung hitam.

by : zharif
surabaya



SECERCAH SINAR DALAM KEMBARA

betapa sepinya perjalanan ini.
dikanan kiri penuh onak duri.
dalam kembara mencari erti sejati.
berpeluh menitis berdarah.
terasa pelik menerkam fikiran.
dimanakah secercah cahaya suci.
menuntun langkah tapak kian lelah.
biarpun sekecil delima dikesunyian.
suatu hari pasti terang bagai purnama.
bersama hembus bayu melantunkan dzikir.
tiada lupa bermunajat pada tuhan yang esa.
kesyukuran tiada henti terlafaz.
pastilah diakhir menjadi nyata.

by : zharif
surabaya



MENDUZA DI BUKIT BERDARAH

jerit suara nafas tersedak.
menggema alunan nada ilusi.
menghantui diimaji dan jiwa.
merasuki setiap relung hati.
meduza dibukit berdarah.
menebarkan kesesatan.
menyanyikan derita.
insan lemah yang terpedaya.
tiada daya menahannya.
berakhir diujung kematian.

by : zharif
surabaya



BUNGA BERDURI

masih ditaman ini membelai sepi.
impian bersama berlalu bagai mimpi.
berputik yang akhirnya gugur kebumi.
cinta dulu suci kini tiada lagi.
bunga berduri diantara racun berbisa.
dikira madu pahit empedu dirasa.
usah dikenang biar berlalu ditelan bumi.
tinggallah kerinduan dibatas kesunyian.

by : zharif
surabaya



KERINDUAN SAAT BERSAMA

semalaman terlena diigauan mimpi.
terkenang disaat bersama.
kerinduan ini masih menyesak dada.
hanyut dilautan keresahan.
mengalir airmata menemani sepi.
masih terbayang indah senyuman.
serta lambaian terakhirmu.
kemergianmu berurai tangisan.
apakah ini takdir yang kuasa.
didalam percintaan yang berbeza.
kerna insan tiada berpunya.
dan engkau bak puteri sejati.
namun asmara tak mengenal kasta.
mungkinkah dapat berjalan beriringan.

by : zharif
surabaya



BULAN

indah syahdu cahayanya.
sejernih sinar dihatinya.
bagai pungguk merindukan bulan purnama.
begitulah diri berharap padanya.
bila cinta terlekat dijiwa.
insan hanya perindu yang tiada.
tak menginginkan dia menghampiri.
derajat memang berbeza.
setinggi air dibawa awan.
pastilah gugur ke bumi.
mungkinkah berbunga nyata.
kira sekedar mainan mimpi.
setulus hati ingin mendekap bahagia.
apa daya tak memiliki kemampuan.

by : zharif
surabaya



TERHENTI SAMPAI DI SINI

bermusim kini berganti bulan dan mentari.
bergerak berlabuh hanya sekejap.
pastilah suatu hari tiada.
disana kematian pasti menanti.
dan pelangi hati telah pergi.
disitu menjadi tanda tanya.
dimana haluan ditabir rahasia.
semua terhenti sampai disini.
ikatan janji terpisah tinggal sendiri.
suratan takdir tak mampu dihalang.

by : zharif
surabaya



TANDA TANYA

satu antara dua.
dibalik aura merah.
bulan mentari menyepi.
sebuah tabir rahasia.
dititis bening gerimis.
disitu tanda tanya.
kepastian nyata menanti.
berakhir bagai bayu bertiup.
musnah tiada jejaknya.

by : zharif
surabaya



SEJAMBAK MAWAR MERAH YANG LAYU


pedih terasa bagai tertusuk sembilu bisa.
berkasih dirimba asmara berapi.
terbakar bara menjadi abu.
janji dan sumpah setia seperti empedu.
kini sendiri mendaki puncak derita.
sejambak mawar merah telah layu.
seri cinta telah tiada indahnya.
musnah warna ilalang dikaki malam.
selaut harum kesturi dimana tumpahnya.
jendela hati telah hening dan terkunci.
mimpi ini telah rapuh ditepian pagi.

by : zharif
surabaya



MENGULIT KENANGAN

kuntum-kuntum rindu telah dijalankan.
dan cinta ini berbunga lara.
telah disemaikan namun ketandusan.
mengapa terjadi perpisahan.
dikala diri mengimpikan kasih.
yang mampu menerangi kamar hati.
sekedar mengulit kenangan dibibir asmara.
rela begini merawati kedukaan.
yang lalu biarlah berlalu.
tiada guna tangisan penyesalan.
semoga suatu hari nanti.
secercah cahaya menerangi.
bersinar kembali dimaghligai indah.

by : zharif
surabaya



ULURAN KEMA'AFAN

tiada lagi lafaz yang dapat terucap.
tiada lagi kalimah yang syahdu.
uluran kemaafan di hari yang fitri.
hamparkan semua kasih sayang sendu.
diiringi suara bergema takbir.
saling bersalaman diantara insan.
segala kekhilafan serta kesalahan lalu.
terbarkanlah ampunan sesama.
maha suci bagi allah swt.
telah menumbuhkan kasih sayang.
salam sejahtera bagi khalayak ramai..

by : zharif
surabayai



AIRMATA

kemana lagi akan terukir satu kenangan.
kenapa rindu kini terhenti.
sia sialah segala pengorbanan.
dalam bahagia hati terluka.
airmata menjadi saksi lara.
keretakan antara dua hati.
airmata menjadi saksi duka.
meratapi pemergiannya.
apakah bisa hidup tanpa cinta.
kebencian membara dijiwa.
bara tergenggam panas terasa.
usah ada lagi jalinan asmara.
bila kecundang yang dirasai.

by : zharif
surabaya



SENYUM BAK PELANGI

seperti srikandi di taman firdaus.
pesona titian kasih yang meluas.
memancar cahaya suci nan anggun.
senyuman bagai pelangi dikaki senja.
dibingkai sanubari menjadi realiti.
walau seribu tahun pasti terkenang.
demi bakti demi budi yang luhur.
tersirat dihati tiap insan.
lembut titis kasih padamkan bara.

by : zharif
surabaya



TUJUH BUMI

berjuta masa berlalu peradaban.
pertempuran musnahkan segalanya.
tenggelam dalam azab.
hijrah ke bumi tujuh.
mencari kedamaian diatas teknologi.
terbang melayang didalam mesin bundar.
dibumi tujuh yang berbeda insan.
nun jauh diangkasa diantara bintang dan galaksi.
kehidupan baru bermula.
kesirnaan dibumi berganti generasi baru.
perlahan menggapai puncak kemasyuran.
hingga akhir zaman lalu tiada.

by : zharif
surabaya



DIANTARA CAHAYA MERAH DAN AWAN

gerbang dimensi ditembus kecepatan.
berkabut tipis bergelombang tak tentu arah.
diantara cahaya merah dan awan.
kekuatan melintasi dengan cepat.
dibumi dengan kehidupan khayalan.
bersanding dibatasi bak kaca.
tiada nampak namun ada.

by : zharif
surabaya



SERIBU KEGELISAHAN

cinta bagaikan bayangan.
semakin diusir kian mengikuti.
seribu keresahan bila dilanda rindu.
dipesisir kalbu tiada terhakis.
selalu diimpikan disetiap waktu.
bilakah penantian kan nyata.
bersatu kembali dibawah payung asmara.
merajut hari merenda kasih sejati.

by : zharif
surabaya



MUSAFIR CINTA

betapa getirnya rindu yang terkikis.
teriris pedih dipesisir hati.
walaupun hujan membasahi.
tak mungkin hilang panas bara kecewa.
musafir cinta yang mengejar asmara duniawi.
pengorbanan semestinya terjadi dalam perjuangan.
setiap yang diimpikan tak mesti sesuai harapan.
letih dan tertunduk lesu di hamparan hampa.
bara tergenggam jemari bergetar.
menahan segala kepiluan.
hanya kesabaran mampu meredamnya.

by : zharif
surabaya



JERNIH

dari mata air yang jernih.
dirimba berbukit mengalir tak henti.
sebening salju telaga rindu.
berkilau seindah untaian permata.
menjadi ilham para pecinta.
dibalik kejernihan tersimpul rahasia.
cuma yang kelihatan suatu keindahan.
yang dipuja oleh tiap insan.
berbungalah rumpun hijau.
disirami gerimis titis kasih sejati.
keelokan bercahaya surgawi.

by : zharif
surabaya



JEJAK YANG LELAH


dalam arus zaman impian.
telah ditempuhi jejak yang makin lelah.
hanyut sampan diarus gelora dunia fana.
kemana destinasi yang pasti.
sebelum berhenti diparuh masa.
hangat berbahang sampai ke hati.
diwarnakan kelam dalam perjalanan.
hidup berputik kian sengsara.
dan bunganya adalah ketiadaan.
gugur dihalaman tanpa kasih.
terbuang diujung senja tak berpelangi.

by : zharif
surabaya



NUSA IMPIAN

sejarah yang musnah.
ditanah impian.
membujur dilintang selatan.
diantara bebukit dan gunung.
hijau rerumputan sirna.
terbakar bersama pepohon kering.
sejuknya embun pagi.
terhapus panas mentari.
semusim telah tiada.
kehancuran melanda.
tiada lagi hujan.

by : zharif
surabaya



KENANGAN DI KOTA MALANG


dingin hembusan bayu terasa membeku.
tersentak sejenak dari lena.
kenangan dikota malang.
membuat hati tercekam.
terjaga semalam sendirian.
dimana menghilang bayang kasih.
seakan lama terpandang pergi.
tersimpan memori ini diingatan.
ingin memburu tak tahu arah tuju.
tika pergimu tanpa kerelaan.
menjadi lara disepanjang jalan kenangan.

by : zharif
surabaya



WASANGKA PENANTIAN

purnama kian menghilang.
syair menjadi nada rindu.
embun dinihari makin membeku.
bilakah berakhir keresahan.
dalam wasangka penantian.
dipelabuhan cinta lama.
kerana masih sayang.
akan setia menunggu.
gelora hati menangis tak sudah.
sampai bila menjadi nyata.
kembali memadu asmara.
diantara pepohon kasih sejati.

by : zharif
surabaya



MANIS SESAAT


manis sesaat mengapa mengecapnya jua.
menikmati setitis madu hanya seketika.
maya kehidupan ada pahit ada manisnya.
hanya sengsara kemudian digenggam.
masa hadapan tuanglah dengan kebajikan.
dunia tak abadi lepaskanlah.
usah diburu nanti sirna itu waktu.
kebaikan dan kesyukuran dipagar dzikir.
yang sejati dan hakiki setelah kebangkitan.
jadikan kenangan kembali ke jalan lurus.
sinar kesucian pasti bercahaya dihati.
ilahi rabbi yang pasti menentukan.
usah disesal berikhtiar serta berupaya tanpa henti.

by : zharif
surabaya



KARAM DISAMUDERA HEMPEDU


bilakah putik berbunga indah.
pabila cuaca selalu gerhana.
disangka gerimis menjelang.
nyata panas berpanjangan.
kekeringan dimamah mentari.
impian dan harapan tinggal sejarah.
jasad lemah tak terdaya disudut hari.
karam dilautan hempedu bisa.
insan ini tiada pernah merasai bahagia.
hingga bercucuran airmata darah.
namun tak lepas dari bermunajat.
kepada tuhan yang esa kembali.
penuh kesabaran serta keikhlasan.
surgawi hanya sekedar penguji.

by : zharif
surabaya




Tidak ada komentar:

Posting Komentar