UNTUK MENCARI PUISI-PUISIMU CUKUP KETIK NAMAMU DI KOLOM "SEARCH" LALU "ENTER" MAKA SELURUH PUISIMU AKAN TAMPIL DI SINI

Kamis, 30 Mei 2013

Kumpulan Puisi Zharif Vmars Xingeriszeus - NYANYIAN DUKA REMBULAN





NYANYIAN DUKA REMBULAN

hembusan bayu malam melenakan.
dalam kesunyian bercanda sepi.
lambaian ilalang berirama melara.
nyanyian rembulan lagu sedih.
dalam penantian seribu janji.

masa demi masa dilalui.
kini suramlah seri wajah purnama.
kesiangan tak nampak indahnya.
terhalang sayap sayap awan.
tersingkir dari titian bermakna.
tertunduk kehampaan.

by : zharif
surabaya



UMPAMA BIDADARI SUCI

Dari taman nirwana pesona memikat jiwa.
Halus lembut sentuhan bagai sutera.
Membawa kesejukan dialam fana.
Seperti bidadari suci nan putih.
Sejernih embun cahayanya dipandangan.

Bersinar dikehidupan bersemilah bunga asmara.
Saban waktu menjadi rinduan.

By : zharif
surabaya



PESONA CINTA SEJATI

Diantara awan biru dan mentari.
Dihujung keindahan pelangi.
Terukir satu lambang cinta sejati.
Menjadi arca bertemankan sunyi.

Pesonanya dipagari setia dalam janji.
Keikhlasan melingkar pada luhur budi.
Meski tiada kemilau intan permata disini.
Mahligai surgawi pastikan dinanti.

By : zharif
surabaya



BUNGA LUKA SERIBU JANJI

Dikala gerimis membasah bumi.
Disaat linangan airmata mengalir.
Berteduhnya dibawah pohon berduri.
Bunga cinta dulu mekar kini layu dan kering.

Tiada haruman tak mungkin kembang lagi.
Setelah diperdayakan seribu janji.
Nyata hampa semua jadi ilusi.

By : zharif
surabaya



DILEMA CINTA YANG TERBUANG

Sepi dikamar ini hanya lilin menemani.
Tanpa kejora malam tiada purnama.
Mimpi yang terkenang kini terbuang.
Cerita silam telah membuat bayang ngeri.

Terlena dalam lamunan dilema cinta.
Ditinggalkan untuk selamanya bersama titis airmata.

By : zharif
surabaya



SENJA DILAUTAN LARA

Senja yang tersisa wajah sendu luka.
Puspa telah layu ditaman hati.
Harapan gugur bagai debu yang hina.
Bagai berlayar dilautan seribu lara.

Terdampar didataran penuh onak berduri.

By : zharif
surabaya



DALAM BELAIAN KENANGAN

sang fajar nan indah dikaki bukit cinta.
Bertabur seribu bunga menghias pagi.
Nyanyian unggas merayu keheningan.

Masih terasa belaian lembut kasih.
Sesejuk hembusan bayu jadi kenangan.

By: zharif
surabaya



PERMAISURI

puisi tertulis dilautan kasih.
dihujung rindu layarkan bahtera cinta.
tiada tabir dihalaman asmara.
hanyut kalbu dalam lena.
berpusarkan kata-kata indah sayang.
dan bertaburkan bunga harapan.
sekali hembuskan janji setia.
berabad pasti nan dinanti.
tiada sedetikpun dilupa.
melangkah dijalan yang direla.
permaisuri bintang hati.
genggam hangat jemari.
kepuncak mahligai sejati.

by : zharif
surabaya



MIMPI CINTA SESAAT

Berbunga namun berairmata lara.
Telah merasai manisnya bercinta.
Bagai mimpi disiang hari.
Ataupun igauan malam yang sunyi.
Sesuatu yang ngeri tak pasti.
Kini menelan pahit empedu.
Tiada mengulang janji dulu.

By : zharif
Surabaya



TELAH MENJADI BARA

Umpama permata yang sirna.
Lilin kini telah menjadi bara.
Perpisahan tanpa kerelaan.
Terjerat dalam sepi sendiri.
Terpenjara diantara dilema prasangka.
Musnah dilautan empedu berapi.

By : zharif
Surabaya



ILUSI

Terjerat dalam kabut kusam.
Kusut tak terhurai.
Lamunan melayang diambang awangan.
Menggores luka hati.
Ketawa serta jerit suara.
Dihadapan mata terbuang.
Disambut hanya bayangan ilusi.
Sekilas nyata tiada bezanya.
Terpedaya perasaan.

By : zharif
Surabaya



DI HUJUNG RINDU

Hanyut sampan dihujung waktu.
Sampailah ke hujung rindu.
Membelah mimpi diantara mega jingga.
Berdiri di kaki langit bayangan suram.
Membuka tabir syahdu misteri cinta.
Dihalaman asmara tanpa derita.
Kalimah sendu dari airmata sayang.
Demi kasih suci rela berkorban.
Lalu berserah bermunajat do'a yang kudus.
Semoga selalu bersama selamanya.

By : zharif
Surabaya



GALAU

Resah.
Gundah,
Berpegang pada dahan rapuh.
Galau.

By : zharif
Surabaya



PUDAR

Musnah dari ingatan.
Sirna tak berbekas.
Lenyap tiada kembali.
Pudar dan menjadi hampa.

By : zharif
Surabaya



ANTARA SUTRA DAN PURNAMA


Diantara sutra dan purnama.
Terbayang wajah jadi kenangan.
Menitis lembut bagaikan gerimis.
Diantara pesona cinta serta haruman.
Gemulai jiwa lambaian bak nyiur.
Menawan hati sejuta warna.

By : zharif
Surabaya



DERITA INSAN KECIL


Buka mata serta lihatlah.
Insan kecil yang tak berdosa.
Jadi hinaan dan mainan semua.
Oleh manusia yang tak berpedoman.
Tersiksa tanpa rasa simpati.
Hingga lesu tak bermaya.
Sengsara dirasa sepanjang hayatnya.
Tangisan berdarah tiada bersuara.
Perihnya derita ditanggung jua.
Dimana perhatian dan belaian kasih.
Yang di impikan sebagai hidayah sejati.

By : zharif
Surabaya



GUGUR PUSPA KEMESRAAN

Dimana kemesraan harum bak mawar.
Kini gugur kerana keegoisan jiwa.
Luka menghiris hati kebencian.
Tiada lagi kalimah syahdu kerinduan.
Hanyalah bertemu perpisahan.
Tak lagi ada sejuknya bayu kasih sayang.

By : zharif
Surabaya



DELIMA SEPI

Kemarau sepi membelai delima.
Punah impian masa indah.
Berhembus titisan embun kehampaan.
Membiar dalam kesendirian.
Tiada lagi ada hujung lara.
Selamanya dalam kesunyian.

By : zharif
Surabaya



PRAHARA DIPUNCAK ASMARA

Dari airmata yang jernih.
Renungan memori terakhir.
Setelah layar terkembang.
Arungi bahtera cinta.
Dalam sekejap sirna.
Terhempas badai asmara.
Karam sendirian kegelapan.
Hancur segala impian.
Tinggalah erti kenangan.
Dalam sejarah yang lara.
Dendam membara bergelora membakar jiwa.
Terpadamlah pelita musnah harapan.

By : zharif
Surabaya



ERTI BUNGA CINTA

Malam sunyi tidak berseri.
Patah sayap yang terkembang ke bumi.
Apa makna bunga cinta ini.
Jika hati selalu didustai.
Dimana kilau intan purnama.
Dan disini menemui sepi.
Tercari cari warna pelangi.
Hadir sekedar sandiwara.
Masihkah ada haruman asmara.
Yang dulu pernah dipuja.
Rasa terhina,kasih tiada berharga.

By : zharif
Surabaya



JIKA SUDAH SAYANG

bila dilanda rasa sayang.
semuanya menjadi indah.
marah bagaikan gurauan.
benci pun tak didendami.
senyuman selalu terbayang kala rindu.
berbunga cinta penuh dijiwa.
hanya satu setia dihati.
bersama dalam suka duka.
memuja bulan dan bintang yang membisu.
disaat teringat seraut wajah.
lamunan bersahaja terdiam dalam kenangan.

by : zharif
surabaya



MUTIARA

Sejernihnya embun pagi.
Titis hujan dingin.
Mendamai gelora asmara.
Kasih yang suci.
Berkilau bak mutiara.
Menjulang cinta yang abadi.
Zahir dari hati.
Dalam madah terselip keindahan.
Yang memancar dan bercahaya.
Biarpun ke hujung dunia.
Pastikan dicari.

By : zharif
Surabaya



WANITA

Wanita lambang cinta dunia.
Halus lembut kasih bak sutera.
Ditapak kaki ada surga.
Mengharum bagai seroja.
Senyuman seindah pelangi nirwana.
Berjuang seperti delima tak jua padam.
Menerangi kegelapan hingga dalam impian.
Dipuja disanjung kerna keindahan.

By : zharif
Surabaya



MEMELUK REMBULAN DALAM IMPIAN

Diantara serbuk debu malam.
Ketika lafaz rindu tiada tercurah.
Hanyalah gundah membelai jiwa.
Nyanyian sepi lantunkan lagu lara.
Tak ada lagi riak gelombang asmara.
Mendekap bayang semu dalam tirai kepalsuan.
Memeluk rembulan dikala kegelapan.
Tersedar khayal di imaji impian.
Bertepuk sebelah tangan puspa berguguran.
Gerhana luka cinta.

By : zharif
Surabaya



KENANGAN KITA

Setelah tertutup pintu harapan.
Dan terlerai ikatan diantara kita.
Mengapa kini harus berjumpa lagi.
Hanya menambah beban derita dalam dada.
Tak perlu lagi bercerita tentang dirimu.
Kutahu kau bahagia bersamanya.
Hapuskan saja kenangan cinta kita.

Oleh : Zharif Vmars Xingeriszeus
Surabaya



RINDU SYAHDU

Betapa indah bila merasai asmara.
Alangkah syahdu sebuah rindu dibalut setia.
Lagu cinta merdu mengalun dijiwa.
Bila dua hati bersatu puspa semerbak.
Bersemi bunga menjulang harumnya.
Menjadi suatu kenangan
Tiada terlupa.
Sedetikpun tak akan sirna dari ingatan.

By : zharif
Surabaya



KASIH SETIA

Alangkah bahagia hati bila mendapat kekasih setia.
Yang penuh keikhlasan serta sayang.
Lambang cinta nan sejati.
Selembut sutera.
Sejernih embun dini hari.
Seindah pelangi.
Saling padukan satu janji.
Kepuncak mahligai biru.
Betapa indahnya berbunga ditaman impian.

By : zharif
Surabaya



GELORA CINTA


Satu malam merajut mimpi.
Diterangi cahya lilin kecil.
Izinkan selalu merindui.
Biar bergetar perasaan ini.Bergelora cinta yang suci.
Tika rasa sayang menyentuh hati.
Diwarnakan jingga bunga bersemi.
Bukan semusim nyata abadi.
Selamanya istana menanti.
Mahligai berpigura kenangan sejati.
Ditaman puspa asmara indah berseri.

By : zharif



ABSTRAKSI SEBUAH MIMPI


Tanpa mata terpejam.
Sebuah mimpi jadi igauan.
Meraung...
Meronta...
Diteriakan dalam alam maya.
Hempasan wajah sejuta warna.
Dan tergagap diantara mimpi.
Ombak berdesir temaram cahya surau.
Kegalauan...
Ketandusan...
Hingga fajar bermentari.
Terlena kesilauan warna duniawi.

By : zharif
Surabaya



SEJATI

Satu jiwa pada makna cinta.
Terukir indah sebuah ingatan.
Laksana lentera tak jua padam.
Tiada pernah lelah menerangi.
Hingga masa remaja telah ditinggalkan.
Berlayar mengarungi lautan sejati.
Sampailah didataran penuh kasih dan sayang.
Merantai kisah yang hakiki.
Sehidup semati selalu bersama.
Menjadi hikayat meriwayat asmara.

By : zharif
Surabaya



MERANTAI RINDU DIANTARA AIRMATA

Disini disenja dibawah pohon kamboja.
Kasih berbunga namun tiada haruman.
Menyulam rindu diantara airmata.
Tiada lagi indah senyuman.
... Menghiasi bagai masa dulu.
Dan kini terpendam sunyi terkubur.
Damailah disisinya untuk selamanya.
Setia ini mengikat jiwa hingga akhir hayat.
Hanya bermunajat do'a yang kudus.
Mengiring perjalanan panjang bersama waktu.
Kan dinanti dipintu surga.

By : zharif
Surabaya



AIRMATA

Senja ditaman puspa berguguran.
Patah ranting kekeringan.
Satu pertanda keretakan dua hati.
Terpedaya gurauan asmara.
Kata sayang sekedar khayalan mimpi.
Berderai airmata menjadi saksi lara.
Tiada jerit suara yang menggema.
Memendam duka diantara reruntuhan istana cinta.
Kain putih tergores noda hitam.
Berlumur tubuh penuh kecundang.
Sampai akhir masa mengecap pahit empedu.
Bilakah beralih menjadi rindu.
Bercahaya kasih sejati ditunggu.
Tak jua menemani diakhir masa.

By : zharif
Surabaya



SYAIR KERINDUAN

Tiada secantik bahasa kalbu.
Tergubah lalu menjadi lagu syahdu.
Tidak setanding paras ayu menjadi rindu.
Andainya bulan retak seribu.
Bayang seraut wajah dimana-mana.
Diantara berjuta bintang berkelipan.
Senyum menawan bermain diingatan.

By : zharif
Surabaya



HENING

Menatap jendela masa kesunyian.
Gemercik air mengalun syahdu.
Arusnya damai dialiran sungai rindu.
... Semilir bayu nyanyian sendu dari kalbu.
Hijaunya dedaunan tenangkan jiwa.
Semuanya dalam dzikir penuh kesucian.
Dalam sejahtera menjulang mahligai bahagia.

By : zharif
Surabaya



SEKEDAR ILUSI


Mencari cahaya dalam kekalutan warna.
Patah sayap impian semesta.
Bayang cinta luka mendera didada.
Puisi ini tertumpah tintanya berdarah.
Tiada mahligai hanya derita dihadapan.
Dikanan kiri penuh onak dan duri.
Bila dirasa bahgia sekedar ilusi.
Betapa banyak hinaan dan kesengsaraan.
Tak pernah berakhir tanpa airmata.
Kini terbenam masa diantara bebatuan.

By : zharif
Surabaya



PENANTIAN

Hari berganti hari lagi.
Masih jua menanti.
Ditempag dahulu saling berjanji.
Mengharap kasih kan kembali.
Penantian suatu penyiksaan.
Dalam kebutuhan sebuah kesampaian.
Diulit mimpi yang mencekam.
Bagaikan pungguk merindukan bulan purnama.
Dan cinta ini kegersangan.
Bilakan akhir dari titis airmata luka.
Bersama harum seroja menyulam bahagia.

By : zharif
Surabaya



DIANTARA KESUNYIAN


Terbayang lambaiannya.
Bersama senyumannya.
Terbawa angin lalu.
Membuat hati rindu.
ini merasakan kesunyian.
Bersama haruman yang tertinggal.
Dimamah resah gelisah mencakar dada.
Sayu pilu membakar kalbu.
Melenakan lamunan.
Teringat satu wajah.
Wajah yang sendu.

By : zharif
Surabaya



SENANDUNG ASMARA

Sekeranjang seroja harum semerbak.
Sebagai tanda kasih bersemi.
Dua hati merantai asmara.
Saling berjanji sehidup semati.
Indah terasa dunia berhias warna.
Bagai laut dan pantai tak terpisahkan.
Senandung lagu rindu berdetak dikalbu.
Bukan semusim nyata selamanya.

By : zharif
Surabaya



KASIH ABADI


Rembulan menatap siang.
Diantara wajah sendu sayu.
Harum melati rindu sesaat.
Bukalah pintu dan jendela waktu.
Agar kasih bertamu.
Restulah ulurkan jemari.
Sambutlah genggam erat.
Dan puspa ditaman hati bersemi.
Sehalus sutera indah cinta.
Menjadi renungan dibingkai kenangan.
Menjadi lambang yg abadi selamanya.

By : zharif
Surabaya



PERJALANAN


Alunan suara nafasmu menutup ruang.
Perjalanan ini terasa hampa dan sepi.
Menjejak bayang luka diantara malam.
Tiada bayu menghembus dalam titis kasih.
... Tak akan berhenti sebelum tergenggam satu titik penentuan.
Dan hilang dikelamnya mega senja.

By : zharif
Surabaya



PENANTIAN

Dalam sunyi masih mencari.
Sinar mata dan seraut wajah.
Hening...
Sendiri...
Berayun buaian cinta dipohon duka.
Akan disimpulkan tangis ini.
Memaun harapan yang
Terbenam.
Airmata berguguran menyapa penantian.
Yang kecundang tiada akhir.
Dalam keresahan ini ingin menyadur rindu.
Apa daya imaji tiada mampu.

By : zharif
Surabaya




Tidak ada komentar:

Posting Komentar